Pesta Buku Dan Saya
Pada 24 Mac 2015 Pesat buku Utara kali ke 5 di uum telah berlangsung selama seminggu di foyer perpustakaan Sultanah Bahiyah, menyaksikan 15 penerbit anggota majlis penerbitan Ilmiah Malaysia yang mengungguli genre penerbitan ilmiah mengambil bahagian mempromosikan terbitan mereka. Selama seminggu berlangsungnya pesta buku itu saya telah menghadiri sebanyak dua kali. Pada pertama kali saya pergi untuk membuat survey buku yang hendak saya belli dan harganya. Buku-buku yang dipamerkan sungguh banyak dan pada harga yang berpatutan. Setalah satu jam setengah di pesta buku akhirnya saya telah membuat keputusan untuk membeli buku apa. Walaupun ada beberapa buku yang saya inginkan tetapi tidak dijual di pesta buku tersebut. Apa yang menarik pada pesta buku kali ini ialah terdapat banyak buku yang menawarkan diskaun. Bagi peminat-peminat novel pastinya akan membeli novel di pesta buku kerana ada sesetengah novel yang menawarkan diskaun sehingga 50%. Setelah berpuas hati saya datang semula ke pesta buku, kali ini bersama kawan saya yang juga ingin membeli buku apabila saya memberitahu bahawa banyak buku yang menawarkan diskaun. Setelah saya membeli buku yang saya inginkan saya meneman kawan saya untuk mencari buku yang diinginkan . Kali ini saya dan kawan saya menghaiskan masa selama dua jam untuk membeli belah di pesta buku tersebut. Kami keudianya balik dengan saya membeli 4 buku rujukan dan 1 novel manakala kawan saya membeli 1 buku dan 2 novel. Saya merasa berbaloi membeli buku tersebut kerana buku tersebut akan digunakan untuk pelajaran saya dan juga dengan diskaun yang ditawarkan. Saya harap uum akan menganjurkan pesta buku sekali lagi kerana ianya begitu bermanfaat disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.